Project: Gig Organising Booklet

diy1_big

Apa khabar semua.

Ini adalah selaras dengan artikel Disharmonic Movement yang boleh anda baca di sini.

Pada masa ini saya sedang mengusahakan satu “Panduan Memolah Gig” secara khususnya (buat masa ini) untuk Kuching sahaja. Saya sedang membuat kutipan maklumat dan amat memerlukan bantuan anda semua, jika anda ada informasinya- saya harap dapat keluarkan booklet yang akan saya berikan secara percuma di gig kelak, apabila ianya telah siap.

Antara maklumat yang saya perlukan:

1) Apakah venue gig yang anda tahu?  Berapakah kos penggunaannya (mengikut bilangan jam?  sekali penggunaan?)?  Apakah kos lain yang mungkin timbul? (Contohnya: Staf tambahan studio yang perlu diupah, sound(wo)man etc etc).  Apakah saiz venue tersebut (dalam erti kata lain, apakah anggaran bilangan pengunjung gig yang boleh dimuatkan dalam venue tersebut?)?

2) Jamming studio/syarikat apakah yang ada perkhidmatan menyewa equipment? (Ini untuk jikalau venue tidak menyediakan equipment).  Berapakah kos penggunaannya dan bagaimanakah ianya di kira?  Bagaimanakah kualiti equipment syarikat/jamming studio tersebut?

3) Maklumat lain yang mungkin berkenaan:

i) Kolektif-kolektif yang sedia membantu dalam pengurusan gig (pro bono?).  Kolektif anda?  Sertakan email/no. kontak mereka.

ii) Venue-venue tidak konvensional yang lain (Dewan Komuniti/Suarah, gelanggang futsal, taman negara, hotel dll)

iii) Pendapat anda.

Saya juga akan menemuramah beberapa individu ‘orang kuat’ yang lain untuk informasi.  Harap kerjasama anda semua.

Jika anda ada informasinya, bolehlah sama ada tinggalkan komen di sini, atau email saya di agentprovo@gmail.com

DIY or Die!