Report: Food Not Bombs Kuching

Food Not Bombs was revived in Kuching on the last February 2011 by a few collectives there. There was a precedent FNB being organised on 2005 and the attempt this time around is hopefully organised with some regularities. Though there are no clear plans on the upcoming servings, this renewed interest on free food distribution should be a sign of better things to come. Attached below is the original report by Andre Ramone, a member of Rats Army Crew in Bahasa Malaysia (Malay). The report is also translated in English and would be printed on the latest issue of Shock&Awe! which could be available HERE.

THE REPORT (Google Translate it if you are really curious):

A nation that continues year after year to spend more money on military defense than on programs of social uplift is approaching spiritual death.” Martin Luther King, Jr.

20/2/11 adalah tarikh yang keramat bagi volunteers FNB kerana ia adalah hari memberi makanan percuma kepada warga-warga di sekitar Kuching. Mengikut info penulis, aktiviti terakhir FNB KCH adalah pada tahun 2005 dahulu oleh PJHC. Konsep yang sama, cuma bezanya buat kali pertama, volunteers terdiri daripada PJHC (Public Joiner HC), RAC (Rats Army Crew), KSC (Kuching Skinhead Crew) and beberapa volunteers yang tidak terikat pada mana-mana pihak. Terdapat juga salah tanggapan oleh masyarakat kerana ada desas-desus akan berlakunya protes di Kuching dan tidak hairan jika kelihatan banyak anjing- anjing biru berada di setiap sudut bandar. Tetapi ia langsung tidak menakutkan kami untuk mengedarkan makanan percuma kepada masyarakat. Ok, berbalik pada FNB di sini pula report nya;

8.45am, penulis bangun lewat disebabkan tidur yang tidak mencukupi lalu terus bergegas bersiap dan menjemput rakan-rakan yang berdekatan kawasan kediaman penulis dan menuju Supreme Hotel untuk menjemput seorang lagi rakan yang mempunyai gas dan stove. Kira-kira pukul 10.48a.m., selepas mengambil stove, gas, dan sayur-sayuran, penulis dan rakan-rakan pun menuju ke rumah Ash (Destruction Zero) untuk menjalankan aktiviti memasak dan pembungkusan makanan.

Sesampainya di rumah Ash, kelihatan Karlos, Noel (Escape the Plainview) dan adiknya sudah menunggu kami dari awal pagi tadi (sorry guys). Nasib juga diorang sudah masak nasi awal-awal lagi kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.00a.m. Mavin selaku tukang masak hari ini memutuskan untuk memasak kacang panjang goreng, timun, kobis campur, dan kobis kicap. Serving-serving seperti ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah berkhasiat untuk kita. Selepas selesai memasak semua serving, semua yang terlibat menolong membungkus makanan,sudu dalam polisterin dan menandanya dengan FNB pada permukaan polisterin tersebut sehingga mencapai 91 bungkus makanan diletakkan di dalam 6 bakul berasingan.

Tepat jam 1.20p.m., kami semua pun bertolak menuju ke tempat pertemuan iaitu di depan Poliklinik dan berkumpul sambil menunggu volunteers-volunteers lain tiba. Selesainya berkumpul dan sedikit kata-kata daripada Mael, kami pun berjalan dari Poliklinik ke Saujana dan mula mengedarkan makanan sambil berjalan. Bilangan kami mencecah belasan orang jadi kami terpaksa berbahagi kumpulan dan apa yang penulis dan grup-grup lain lalui ialah kawasan Dockyard, Splanet, Waterfront, India Street, Ala Karte, Jalan McDougall, Gambir Street, Sarawak Plaza, Carpenter Street, Centre Point, Kingtop, Padungan, Petanak, Upwell dan akhirnya Satok.

Aktiviti selesai kira-kira jam 3.05p.m. buat grup pertama dan kedua, 4.07p.m. buat grup kedua, dan kira-kira 5.30p.m. – 6.00p.m. buat grup ketiga. Syabas diucapkan kepada volunteers-volunteers yang hadir untuk menolong, dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ash dan keluarga kerana menyediakan tempat untuk membuat kerja-kerja memasak dan membungkus, PJHC, RAC, KSC dan yang terlibat kerana memberi sokongan yang tidak putus dan berjaya berkomunikasi di antara sesama volunteers pada hari ini (you know who you are). Moga – moga FNB akan terus dianjur, disokong dan akan berterusan sehingga bila-bila. See you in the next FNB.

***

SNAPSHOTS

This slideshow requires JavaScript.

Borneo DIY HC Punk and Shock&Awe! Media would like to thank Andre Ramone for the report.

A luta continua!