Maafkan saya (sedikit update blog)

Pengumuman gig di bawah telah diletakkan SETELAH tarikh gig tersebut dijalankan. Ianya adalah usaha Encik Nicefryday, editor (udah aku tukar status kau pok) terbaru blog Borneo DIY HC Punk. Masalah tersebut adalah berikutan kelambatan saya dalam menukar status serta mengapprove posting daripada beliau. Ini tidak akan berlaku lagi. Ribuan ampun dan maaf.

Selaras dengan itu saya dengan bangganya mengumumkan penambahan penyumbang dalam blog Borneo DIY HC Punk. Encik Nicefryday adalah orang yang tidak asing lagi dalam scene di Kuching. Sumbangan beliau setakat ini adalah melalui usaha beliau dalam membuat dokumetasi scene di Kuching- gambar serta video-video band-band di Kuching terutamanya- sesuatu yang sudah tentunya amat penting untuk rujukan serta perkembangan scene secara amnya.

Maka dengan itu juga saya ingin juga membuka peranan yang lain-terutamnya penyumbang (contributor) dari scene yang lain di Borneo ini- tidak kiralah di sebelah Malaysia mahupun di sebelah Kalimantan. Blog Borneo DIY HC Punk ini mengamalkan polisi anti-censorship, melainkan apa yang dikira pada pandangan kami berunsur perkauman, seksis ataupun diskriminasi dalam apa jua cara. Blog ini menyokong 100 peratus usaha DIY anak-anak muda (mahupun yang telah menjangkaui kategori umur tersebut). Tulis sahaja kepada kami, taupun tinggalkan komen di mana-mana. Kami akan merespon dengan secepat mungkin.

Any takers from Sabah? Well? Eric? Cichie? Mimin? August? Dyce? Rico? Rizo? Mazran? Hafes? Hahaha… Sorry letak nama anda semua di sini.. Everyone is welcomed! Tiada obligasi, seminimal mengumumkan gig yang anda organise. Boleh juga menghubungi saya di agentprovo@gmail.com. Ada bagusnya juga tinggalkan komen di sini memberitahu saya.

Keep up what you are doing!