Bibliopunk: Perpustakaan Alternatif Bergerak

(Gambar dicuri dari: http://www.goodmagazine.com/section/Stimuli/rita_flrez_on_why_zines_wont_die)

Ok tulis dalam bahasa pula.

Pada gig Conquest for Death (CFD) pada Jumaat ini juga akan di buka satu ‘perpustakaan bergerak’ alternatif (nama sementara: Bibliopunk), di mana pengunjung berpeluang untuk membaca/menatap/membau/mengintip koleksi zine yang saya ada.  Antara koleksi ‘zine yang ada (yang masih belum hilang/dibakar/dibuat harta) adalah: beberapa issue

Slug & Lettuce,

Profane Existence,

HeartattacK,

AVOW,

Maximum Rock n’ Roll,

Beyond the Barbed Wire,

Redrebel zine,

Hantam Stagnasi,

Innerview.

dan lain lain.

Turut dipamerkan beberapa buku-buku berkenaan dengan kultur DIY Hardcore Punk, aktivisma, Anarkisma, Crimethinc dan banyak lagi!  Beberapa ‘zine yang akan dipamerkan turut boleh dimiliki dengan harga yang minima.

Konsep ini bukanlah sesuatu yang original daripada saya.  Pernah dahulu saya serta sekumpulan rakan-rakan pernah berbincang untuk membuat projek yang serupa, agar membawa bahan bacaan alternatif untuk bacaan orang ramai tetapi projek tersebut tidak terrealisasi.  Pameran di gig CFD adalah eksperimental, untuk melihat reaksi semua.  Datanglah dengan minda terbuka.

Cheerios!